BAB 1
‘’Baba, Allah tu siapa?’’, Muhammad Muslim, anak kecil 7 tahun
bertanya. Mulut dan otaknya ligat sekali berbicara.
Encik Zahar tersedak kopi. Hampir tersembur di atas kot mahalnya. ‘’Allah tu Tuhan kita’’
‘’Allah kat mana sekarang? Baba pernah jumpa Allah?’’
‘’Em.. Allah berada di atas Arasy. Eh bukan, Dia ada di mana-mana’’ Zahar
tergagap-gagap. Sudah lama dia tidak menghadiri kuliyah Ustaz Kazim. Rasa
menyesal pula. Sudah banyak ilmu agama ditinggalkan begitu sahaja. Urusan dunia
lebih bermakna, katanya.
Puan Anita terus buat-buat sibuk. Menggerak-gerakkan hidangan di atas
meja tanpa tujuan. Ingin lari dari menjadi kaunter pertanyaan Muslim pula. Bukan
dia tak tahu anaknya itu – petah berbicara, tidak padan dengan usia.
‘’Ehh Baba. Kalau Allah di mana-mana,
Dia ade dalam perut Muslim tak? hehe’’
Zahar hampir ketawa. Anita terpana ; terbeliak kedua matanya.
‘’Muslim, jangan kurang ajar sangat dengan Tuhan kita!’’, herdik
Anita. Kali ini Zahar pula terbeliak mata melihat wajah Erra Fazira isterinya
bertukar singa. Tidak sangka. Isteri yang tidak pernah menyentuh sejadah kini
benar-benar marah bila Islam diterjah. Tak diduga. Isteri yang ‘kuat minum’ kini
mual bila Tuhan disoal.
‘’Wow, ustazah pilihan. Hahaha’’ gelak Zahar.
‘’Abang, ni bukan soal ustazah pilihan. Ini soal Tuhan. Jangan buat
main!’’
Muslim memandang meja sepi. Keliru masih berbaki. Kalau Tuhan di
mana-mana, dimanakah itu ‘’di mana-mana’’? Atas meja? Dalam dapur? Dalam
tandas?
Muslim menggaru garu kepala.
Jam 11 malam.
Anita menghempas pintu bilik, wajahnya muram. Zahar tersenyum melihat
isterinya, biasalah wanita – emosinya memang rapuh tapi hati mereka teguh.
‘’Sayang ni alim jugak ye. Tak sangka pagi tadi sayang marah bila
Muslim tanya macam tu’’. Tertawa kecil Zahar. Anita mendengus.
‘’Abang, Ita rasa malu lah bila Muslim tanya soalan macam tu. Tak tahu
nak jawab apa’’
‘’Alah, biasalah tu. Budak-budak…’’
‘’Biasa abang kata?! Bagi Ita tak biasa. Sekolah zaman sekarang ni harap
je mengajar agama kat budak-budak, tapi tak nak terangkan sampai habis. Ibu
bapa pulak jadi mangsa. Haihh..’’ Baharom tergelak. Tak senonoh betul gaya
pemikiran Anita ni haha, fikirnya.
‘’Abang.. Ita rasa Ita dah fikirkan sesuatu lah pasal Muslim tu’’
‘’Apa dia?’’
‘’Ita nak kita hantar dia ke..’’
‘’Rumah anak yatim? HAHAHA.’’
“Ish bukanlahh. Ita nak Muslim masuk sekolah pondok’’
“Untuk apa pulak nak hantar dia ke sekolah pondok ni? Nak dia jadi
budak kampung?’’
“Yelah, sekurang-kurangnya.. kalau ada soalan agama pelik-pelik, boleh
terus tanya ustaz-ustaz situ. Takdelah abang tersedak kopi macam pagi tadi’’
“Sentap nya bebi. Kahkah. Awak rasa dia nak ke?”
“Hm. Kena tanya dia dulu lah” . “Jom bagitahu dia”.. Anita menarik
tangan Zahar untuk bangun dari katil. Zahar mengeluh malas – sengaja
memberatkan badan. Akhirnya dia bangun juga. Senyum lurus. Sudah masak perangai
isterinya ; mahu juga pergi malam seolah esok paginya kelam.
**
Anita memulas tombol. Pintu bilik tidak berkunci. Bilik anaknya masih
cerah. Kelihatan Muslim sedang meniarap di atas karpet sambil ghairah melukis
potret wajah ayah ibunya – dengan versinya tersendiri. Terdengar pintu dibuka,
lantas memandang ke belakang. Ibu dan ayahnya! Dia memang mahu tunjukkan ‘’potret’’
itu.
‘’Mak, Baba.. cantik tak Muslim lukis?’’ katanya sambil berposisi
meniarap.
Anita tidak mengendahkan. Terus kepada tujuan.
‘’Muslim, bangun kejap’’ , Mengangkat anaknya ke katil. ‘’Mak nak
cakap kejap dengan Muslim’’
‘’Ada apa mak?’’ , Muslim bingung.
‘’Muslim nak masuk sekolah pondok belajar agama-agama tak?’’
‘’Tak nak!’’, Dahi Muslim mengerut. Wajahnya geram.
“Kenapa sayang?’’
“Nanti jadi orang jahat. Muslim tak nak bunuh orang’’
“Jahat kenapa pulak Muslim?”, Zahar mendekati anaknya.
“Orang kuat agama kan banyak bunuh-bunuh”
“WHATTTTTTT!’’ Anita dan Zahar terjerit serentak. Terlopong mulut
mereka!
“Muslim, listen!’’, Anita memegang kedua-dua bahu anaknya ‘’Mak tak
tahu mana Muslim belajar semua ni. Tanya pelik-pelik pasal Tuhan, cakap
bukan-bukan, pastu..’’
Zahar menguap kuat ‘’Yelah dah awok tak ngajor budak tu mana la dia
tahu’’
“Hello they have ustaz-ustazah what dekat sekolah. Diorang ni ajar ke
tak?”, “Mak tak kira! Mak nak Muslim masuk sekolah pondok jugak. Jadi ustaz!”
Wajah si anak kecil itu merah. Matanya berkaca. ‘’Muslim tak nak..’’ .
Kakinya dihentak-hentak sambil meraung kuat, “Baba.. Muslim taknak! Muslim nak
jadi orang kerja lukis-lukis… Cakap kat mama muslim taknak jadi ustaz…’’
menangis anak itu dibuatnya. Dia masuk ke dalam selimut. Membungkus seluruh
badan. Terdengar esakan kecil seorang anak – yang punya cita-cita besar;
menjadi seorang pelukis.
‘”Suka hati korang lah labuuuu..’’ Zahar mengeluh.
*****
‘’Ponnn..pon!’’, Zahar
menghonkan kereta. Sudah hampir 15 minit dia dan Muslim menunggu Anita keluar
dari pintu rumah. Kelihatan dari jauh, Anita keluar terkedek-kedek memakai
kasut tumit tinggi 5 inci nya, berlari-lari ke pintu kereta sambil membetulkan
skirt pendek merahnya.
“Awak, kita ni nak pergi sekolah pondok hantar Muslim, bukan nak pergi
shopping. Yang make-up berinci-inci tebal kalah kulit kusyen kereta tu
kenapa?’’, Zahar menggeleng-geleng kepala sambil memusing stereng.
Anita terkejut, ‘’Abang, ini hak saya. Takkan lah perlu ada tempat
tertentu pulak dekat mana saya boleh berpakaian macam ini dan tak boleh. Hatta
ustaz pondok tu pun dia tak ada hak menentukan pakaian apa yang perlu saya
pakai.” Anita geram. Mulut merahnya dikemam.
‘’Yelah.. tapi macam tak sesuai dengan tempat ler sayang’’
Anita memegang dadanya sambil menarik nafas dalam. Dalam-dalam. ‘’Abang,
dalam Perkara 10 kurungan 1 kurungan A, Perlembagaan
Persekutuan dah disebutkan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan
untuk mengekspresikan diri mereka. Kalau saya selesa berpakaian macam ni, jadi
ini hak saya untuk bebas ekspresikan diri saya macam ini.
Dalam artikel tu dia tak tulis lah, ‘every
citizen has the right to freedom of speech and expression kecuali depan Pak
Ustaz’ ’’.
“Mak…’’
“Muslim jangan masuk campur lagi okay. Mak
nak tengok dulu Baba kamu nak balas apa’’
Zahar abaikan Anita. Dia tak mampu memberi
jawapan balas, sejujurnya. Beristerikan seorang aktivis feminis bukan suatu
perkara mudah dibandingkan dirinya – seorang pensyarah ekonomi di sebuah
universiti tempatan.
‘’Mak, tengok tu. Cantik kan patung-patung
situ?’’, Muslim menunjuk jari pada kuil Hindu besar di tepi jalan yang baru
berlepas dari sisi kanan mereka.
Anita ternganga. “Ya Allah Muslim kenapa
tengok Tuhan orang Hindu tu? Tak baik! Tutup mata cepat’’
“Kenapa tu Tuhan orang Hindu pulak, mak?”
“Sebab orang Hindu sembah Tuhan tu”
“Oh, tapi dia tu masih Tuhan kan?”
“Ye sayang Muslim. Tapi dia Tuhan tipu”
“Macam mana nak kenal Tuhan tipu dengan
Tuhan tak tipu? Kenapa ada banyak sangat Tuhan kat sini? Ada Tuhan orang Hindu,
Tuhan orang cina, Tuhan orang Melayu, Tuhan orang Kristian… lepastu Tuhan mana
satu yang betul?”
“Haaa jawab-jawab..’’ Tergelak sinis Zahar
Anita menghela nafas lantas mengeluh kuat.
Cepat-cepat dia toleh ke belakang. ‘’Muslim, mari sini jap’’. Muslim lantas
mendekatkan badannya ke arah ibunya. ‘’Ye mak’’, tanpa soal.
‘’Panggg!’’. Sekali Anita menampar pipi
mulus anak kecilnya. Dia menoleh ke depan semula dalam keadaan puas!
Muslim terkedu. Airan jernih bergenangan di
mata comel anak itu. Ibarat kolam jernih dipenuhi kaca-kaca berkilauan yang
terbit dari mata anak yang mempunyai rasa ikhlas ingin tahu.
“Yang awak ni pergi tampar dia kenapa Anita?!”
Zahar sudah tidak tahan. Memanglah dia rasa marah juga dengan Muslim, tapi
tindakan Anita tak kena gaya.
“Huh. Sayang anak tangan-tangankan, bang’’
“Kalau ye pun bagitahu lah elok-elok’’
“Hah abang bagitahu lah kalau abang punya
bagitahu tu elok sangat’’. Muslim memandang ibu bapanya sambil mengesat air
mata perlahan. Zahar memberhentikan tiba-tiba. Dia memandang Anita sekilas.
‘’Muslim, Tuhan yang betul tu Tuhan kita.
Tuhan yang lain tu semua Tuhan tipu’’. Bibir Muslim terukir sedikit senyuman
mendengar jawapan ayahnya. ‘’Kalau tak betul, kenapa diorang sembah Tuhan tak
betul?’’
‘’Sebab mereka tak tahu’’
‘’Kenapa diorang tak tahu?’’
‘’Kita la yang kena bagitahu diorang’’
Zahar mengukir senyuman mata sepet ala-ala artis Korea Jong Kook.
‘’Nanti Muslim nak kena bagitahu macam
mana? ‘Heyy awak, berhenti sembah Tuhan tipu. Sembah Tuhan betul saya!’.. ok
tak?’’ Muslim kembali riang.
‘’Ye betul.. okey sangat Muslim’’ Toyota
Vios kelabu meneruskan perjalanan ke Sekolah Pondok An-Najah.
BAB 2
“Ustaz, kami harap
ustaz dapat didik anak kami dengan baik’’, Zahar mengerutkan muka. Memandang
dari jauh anaknya berkenal-kenalan dengan pelajar-pelajar di situ – berjubah
putih, berserban – hatinya sedikit lega ; dia benar-benar berharap Muslim mampu
menjadi sebahagian dari mereka.
‘’Betul tu ustaz. Sekolah biasa dah tak boleh pakai sekarang, semua
jadi teruk-teruk. Yang lelaki jadi mat rempit, perempuan pulak jadi bohsia..
macam-macam’’ Anita menyampuk.
Ustaz Mansor tersenyum sinis. ‘’Jadi puan ni mesti lepasan sekolah
biasa kan?’’, sambil mengurut-ngurut janggutnya dia memandang Anita dari atas
ke bawah.
‘’Aih kenapa ustaz cakap macam
tu pulak?!’’. Cepat-cepat Zahar sampuk.
“Babaaa.. babaa" Muslim berlari dari jauh
menjerit-jerit nama bapanya. Sekilas ketiga-tiga Anita, Zahar dan Ustaz Mansor
memandang ke arah tubuh kecil yg lincah itu.
"Baba, Muslim kena duduk sini sampai bila?",
Muslim mendongak ke atas muka ayahnya sambil meramas-ramas pinggang baju merah
yang dipakai bapanya.
Zahar sedikit hiba. Dia memegang wajah anaknya dengan
penuh cinta "Jangan risau, Muslim duduk sini sekejap saja ya"
"Ehem..", Ustaz Mansor buat-buat batuk.
"Nampaknya hari dah nak lewat senja. Apa kata tuan tinggalkan dulu Muslim
di sini. Lepas ni kalau nak jumpa lagi boleh jumpa setiap hujung minggu"
"Baiklah kalau macamtu Ustaz" Anita akur.
"Mama baba, tak boleh ke Muslim duduk rumah je?”
“Muslim kena duduk sini, sayang. Mama dengan Baba
banyak kerja”, Anita mengesat air matanya.
Muslim sedu. “Nanti kalau Muslim rindu Mama dengan
Baba macam mana?”
“Mama pun, saying”, balas Anita sambil memejamkan
kedua belah matanya, dahi Muslim dikucup.
“Amboi Muslim, aku panggil dari jauh pun dah tak
dengar”
Muslim menggeleng-geleng kepala. Kelihatan lelaki
berserban putih bersama tasbih di tangan menegur sapa. Astagfirullah. Dia
memang begitu. Kalau melukis, fikirannya sentiasa melayang. “Din, aku tak
perasan kau lah. Haha. Dari mana ni?”, Muslim terus bangun bersalaman dengan
Muhammad Izzudin bin Raihan Nazri.
“Ah kau ni dulu waktu lukis muka perempuan mana entah
pun tak perasan aku jugak’’, Izuddin selamba duduk di sebelah Muslim.
“Itu mak aku lah. Kau nak tahu kenapa harini aku lukis
pagar depan tu?’’, jari telunjuk Muslim tepat menunjuk pada besi-besi karat yang
dikelilingi pohon bunga yang sudah mati, itulah pagar utama Sekolah Pondok An-Najah.
Sekilas kedua-dua mereka terpandang tulisan di pagar ‘Tolong agama Allah, Allah
akan menolong kamu’. Tulisan yang suatu masa dahulu pernah menyambut mereka
buat pertama kali sepuluh tahun yang lepas.
“Kenapa? Mungkin pagar itu simbolik tempat ni?”
“Salah”, Muslim menghela nafas. “Sebab sepuluh tahun
lalu, pagar tu jadi saksi betapa manisnya kucupan terakhir seorang ibu”
“Oh mak kau dah meninggal?”
“Tak. Em, maksud aku harapnya tak”
“Maksud kau apa? Jangan buat ayat macam keling boleh
tak”
“Oi Din ‘racist’nya kau main keling-keling. Kalau dengar depan orang India luar sana sah
kau dah kena hempuk”, Muslim menjeling lantas mengemas lukisan yang masih
berbaki separuh tidak habis. Dia memang begitu. Baginya, kawan-kawan lebih
penting dari hobinya yang boleh diluangkan pada bila-bila masa.
“Kenapa ‘racist’ pulak? Kenapa aku kena hempuk dengan
orang India pulak? Keling betul lah kau ni hahaha”
“Din, kau nak tahu kenapa? Mak aku ada beritahu perkataan
keling ni datang dari zaman dahulu apabila perempuan-perempuan India suka pakai
gelang kaki. Kalau diorang berjalan, akan bunyi ‘kling kling kling’. Disebabkan bunyi itu, orang akan panggil perkataan ‘keling’
yang jijik itu untuk mengejek”
Izzudin ketawa berdekah-dekah.
“Mana mak kau dapat cerita ni? Haha get
your facts right, man. Keling tu berasal dari perkataan Kalinga, empayar tua
dekat India bro. Syarikat Hindia Timur dulu yang diketuai Francis Light di
Pulau Pinang pernah wujudkan satu jawatan untuk India Muslim, nama jawatan tu
Kapitan Keling. Sama jugak jawatan Kapitan Cina untuk masyarakat Cina. Dekat
mana ‘racist’nya? Tahu tak kisah lelaki di Pulau Pinang yang bernama Kapitan
Keling Kader Mydin? Dia lah yang bersungguh-sungguh dapatkan tanah dan
kelulusan Francis Light untuk bina masjid khas India Muslim di situ. Waktu itu
tahun 1801. Dan sampai sekarang, masjid tu dikekalkan dengan nama Masjid
Kapitan Keling. Kalau perkataan keling tu jijik dan menghina, kenapa masyarakat
India Muslim di Pulau Pinang sanggup namakan masjid sempena perkataan keling?
Diorang sendiri pun dirujuk sebagai masyarakat keling..”
Muslim ternganga. Din ini Nampak seperti
budak tahfiz biasa, tapi ilmunya luar jangkaan! Memang patutlah Izuddin menjadi
ketua pelajar di Sekolah Pondok ini.
“Mana kau tahu semua ni, Din?”
“Baca bukulah Muslim. Tak semestinya kita
pelajar agama, ilmu kita hanya di takuk agama sahaja. Dan ruang belajar pulak,
bukan hanya dalam kelas sahaja. Merata-rata kita boleh belajar. Dari buku,
engkau, aku, pokok, semut, langit, dan dari pensel yang kau guna untuk melukis
ni sekalipun”
Kali ini Muslim tersenyum. “Ok. Apa yang
kita dapat belajar dari pensel ni?”, dimainkan pensel dengan jari-jemarinya
sambil menunggu jawapan yang memang dia sudah tahu. Persoalan dan jawapan yang
diilhamkan ketika melukis draf wajah ibunya seminggu yang lepas.
Tersenyum sinis Izzudin dibuatnya.
Masakan Muslim bertanya soalan yang sering diulang-ulangnya dalam kuliah subuh
sejak minggu lepas. “Kau pun tahu jawapannya”, Izzudin merampas pensel dari
tangan Muslim, “Sebatang pensel yang Nampak tak berguna ini aku boleh guna
untuk mencederakan orang. Tapi itu bukanlah fungsinya kerana fungsi sebatang
pensel ini adalah untuk menulis dan memudahkan orang menulis. Kalau ia gagal
menjalankan fungsinya sejak penciptaannya sebagai sebatang pensel, maka gagal
lah ia dalam fungsinya”.
“Ya. Begitu juga kita sebagai manusia
yang diciptakan Allah sebagai khalifah di muka bumi. Jika kita gagal
memakmurkan bumi malah merosakkannya, kita ini gagal sebagai diri sendiri”,
Muslim menambah.
Izuddin tersenyum melihat rakannya,
“Pensel ini juga akan disiat-siat kulitnya setiap kali tumpul. Proses penajaman
bukanlah mudah, malah memerlukan orang lain. Sama juga apabila pensel ini
membuat kesalahan, ia memerlukan sebiji pemadam untuk memadam kesalahannya dan
mampu membetulkan kesilapan lalu. Sebab itu kita sebagai manusia tidak boleh
berseorangan. Kita perlukan sahabat dan orang lain untuk menjadikan kita
sempurna sebagai seorang khalifah”, Izuddin merangkul bahu Muslim. Kehangatan
aura persahabatan dan kasih sayang dirasa.
“Dan jangan lupa, pensel ini juga akan
mengalami proses yang menyakitkan hanya untuk menajamkan diri dan kualiti
hasilnya. Sebab itu dalam hidup ini kita akan tempuh pelbagai dugaan. Waktu
dugaan itu datang melanda, kitalah insan yang paling patut bersyukur kerana
dugaan itu bukanlah melemahkan malah menguatkan”, Muslim menambah.
“Benar sekali”, Izzudin meneruskan
bicara, “Di akhir hayat sebatang pensel ini, apa yang dikenang bukanlah harga
atau nilai kecantikannya. Tapi jasa dan hasilnya lah yang akan dikenang dan
membuatkan pensel ini amat berharga”
“Ya dan sebab itu jugalah Syed Qutb
pernah berkata bahawa satu peluru hanya mampu menembus satu
kepala, tapi satu tulisan mampu menembus ribuan malah jutaan kepala”, Muslim
menambah.
“Dan hari ini Syeikh Izzudin juga
berkata satu peluru itu hanya pada satu-satu masa, tapi satu tulisan itu
tembusannya zaman-berzaman”.
Mereka berdua tertawa kecil. Wajah ceria
dua sahabat seiring bersama cerianya langit jam 6 petang. Mentari waktu itu
tidaklah bahang mana namun cerahnya mampu mencerahkan hati setiap pelajar yang
giat mengadakan usrah pada petang itu. Hanya dua pelajar hebat, Muslim dan
Izzudin sahaja masih terduduk santai di bawah pohon mempelam tua menghadap
pagar utama di situ. Mereka bingkas bangun seusai Muslim mengemaskan semua set
lukisannya.
“Assalamualaikum. Wah apa yang
dimusyawarahkan ketua pelajar dan penolong ketua pelajar di sini, ya?”, tidak
sempat mereka menggerakkan kaki berjalan, Ustaz Che Abdul Majid yang terkenal
dengan jambang putihnya menyapa tiba-tiba.
“Waalaikumussalam Ustaz”, Muslim terus
mencium tangan Ustaz Majid diikuti oleh Izzudin.
Izzudin mencelah, “Tak adalah musyawarah
sangat ustaz. Borak-borak kosong sahaja”
“Apa yang antuma borakkan? Mahu kongsi
bersama?”
Izzudin membuka mulut. “Kami berkongsi
pendapat bagaimana kita sebagai seorang manusia boleh belajar banyak benda dari
setiap perkara”
“Ya dan proses pembelajaran itu bukanlah di dalam kelas sahaja”, tokok Muslim.
“Ya dan proses pembelajaran itu bukanlah di dalam kelas sahaja”, tokok Muslim.
“Jadi apa kesimpulan yang antuma berdua
dapatkan?”
Izzudin berfikir. “Mungkin.. kita
sendiri yang menentukan kita belajar untuk hidup atau belajar untuk pandai”
“Atau kita ini perlu belajar untuk
pandai hidup”, celah Muslim.
“Mungkin juga hidup untuk pandai
belajar”
“Dan pandai belajar untuk hidup?”
Mereka tergelak serentak. Ustaz Che
Abdul Majid menggeleng-gelengkan kepala sambil mengukir senyuman nipis.
“Konklusinya apa anak muda?”
“Konklusinya belajarlah selagi hidup”,
Muslim senyum. Diikuti Izuddin.
Ustaz Che Abdul Majid tersenyum bangga
seolah-olah berjumpa dua permata yang perlukan lebih gilapan. Dia menepuk-nepuk
di belakang Muslim dan Izzudin sebelum meminta izin pergi. Dalam hatinya memuji-muji
dua anak muda yang kelihatan mampu mengubah dunia dengan idea mereka. Sosok
kata-kata Bung Karno, ‘Berilah aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru
dari akarnya. Berikan aku satu pemuda, nescaya akan kugoncangkan dunia’.
Muslim dan Izzudin terus melangkah ke
asrama mereka. Langit merah tanda senja sudah mula menunjukkan rupa.
Muslim terkumat-kamit mulut mahu
mengatakan sesuatu.“Din, tadi kenapa kau kata Pagar Utama pondok ni menjadi
simbolik tempat ni?”
“Bila aku tanya?”, pura-pura tidak tahu.
“Waktu aku suruh teka kenapa aku lukis
pagar tu”
“Muslim, kalau kau perasan kan, pagar tu
adalah pintu utama bagi pelajar dan ibu bapa untuk keluar masuk. Tapi kenapa
pagar itu dibiar tidak terjaga sejak bertahun-tahun lamanya?”. Muslim terdiam.
Izzudin menyambung bicara.
“Bagi aku, berkaratnya pagar besi itu melambangkan
betapa lama dan berkaratnya sistem pendidikan di Sekolah Pondok kita. Mati dan
kontangnya pokok-pokok di sekeliling pagar itu samalah dengan jiwa dan intelek
pelajar di sini yang sudah mati”
“Aku tak faham. Apa yang dimaksudkan
dengan sistem pendidikan berkarat dan jiwa ntelek pelajar yang sudah mati itu?”
“Suatu hari kau akan faham”. Izzudin
tersenyum memandang ke hadapan. Muslim yang dari tadi terpinga-pinga melihat
Izzudin melangkah ke asrama bersama kawannya.
No comments:
Post a Comment