Wednesday, 25 February 2015

Mana CINTA?



Sumpah
cinta ini benar benar buat aku merana
leka
buang masa
aku mula tertanya
apa ini benar cinta?
Atau mainan syaitan semata;
yang mahu aku lupa dan jauh dariNya?

Aku juga tertanya,
kalau ini cinta,
kenapa ia datang begitu saja -
pada waktu yang aku tak jangka?
Waktu aku yang harus diguna pada lain perkara?

Ya.
cinta itu tak mengenal masa.
Tapi kenapa aku harus namakan ia CINTA?
Apa hanya jika ia membuat hatiku berbunga
langsung ia dinamakan cinta?
Apa hanya aku terus merana kerananya
terus kita harus bilang cinta?

Kalau cucuh mana asapnya
kalau mati mana kuburnya?
Kalau CINTA mana Yang Esa?

-Shifa Asri-





Saturday, 21 February 2015

USTAZ CELAKA

Ostad-ostad sudah gila,
Para agamawan cukup murka
melihat mereka keluar agama.
Tanpa secebis mereka usaha
Di masjid surau bergurau senda
Asap sekepul, ah nikmatnya nyata
Sambil cerita isu si dara

Tergedik pula ustaz-ustazah
pada barang dialun surah
pada ayam dilaung qasidah,
pada harga yang bukan murah!

Lalu bila si murtad terjah,
mulalah mereka menunjuk marah.

Ostad-ostad memang gila,
Isu kemanusiaan diketepikan
Manusia susah buat tak ketahuan
Kata mereka, ''Biarlah umat Islam susah, asal mereka mandi wajib lepas mimpi basah''
Si zakat berjuta ke mana entah!

''Alahhh.. tak apa. Asal namanya memakai kopiah, duit songlap kami tak kisah''

Lalu terkedek-kedeklah mereka yang susah
Mencari nasi sesuap rezeki
Terpaksa melutut pada paderi
Bila si lebai mahukan bukti
Tatkala baitulmal prosedurnya 'ngeri'

Dilihatlah dia dua bezanya
Kedua pada orang agama
Satunya biar, yang satu jaga.
Maka manusia tetap manusia, menghukum agama pada orangnya
Dari manusia terpantul agama,
bertekad menukar yang lebih mulia
kerana mereka bertindak mencinta.

Maka kita tanya,
''Mengapa tidak mereka ke masjid? Apa fikiran mereka sempit? Mengapa perlu sampai gereja? Apa mereka sudah gila?''
Mereka yang tanya sudah lupa,
Masuknya masjid untuk orang tertentu sahaja
Masuk, aurat jangan dibuka!
Masuk, jangan kafir celaka!
Masuk, perlu pakai seperti mereka.

Terus mereka mencela..
''Wahai Kristian celaka!''
Sedang mereka lupa.
Mereka lebih celaka.







by : S.A (penulis)

nota kaki : Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan yang masih bernafas atau sudah tidak merasai nikmat oksigen lagi.