Isu di Syria bermula pada tahun 2011, di sebuah bahagian Syria dinamakan Deraa, apabila 15 orang pelajar sekolah ditahan kerana melakukan grafitti anti-kerajaan pada sebuah dinding awam.
Rakyat Syria pada waktu itu turun berdemonstrasi untuk memprotes tindakan kerajaan yang bertindak menahan dan dilaporkan telah mendera 15 orang kanak-kanak tersebut. Demonstrasi yang menggesa kerajaan melepaskan kanak-kanak tersebut, menuntut demokrasi dan kebebasan rakyat di negara itu pada mulanya aman, namun respon kerajaan pada 18 March 2011 yang telah menembak mati 4 orang demonstran telah menimbulkan kemarahan awam. Pada hari yang berikutnya pula, mereka menembak orang yang menziarahi kubur mangsa. Rakyat begitu geram dan marah. Sesetengah daripada mereka berpindah (migrasi) ke negara lain.
Pada mulanya, para demonstran hanya mahu menuntut demokrasi dan kebebasan rakyat. Akan tetapi setelah kerajaan bertindak sedemikian rupa, rakyat menuntut agar Perdana Menterinya, Bashar al-Assad untuk meletak jawatan.
Bashar al-Assad berkeras tidak mahu untuk meletak jawatan. Walaubagaimanapun, dia menawarkan untuk membuat beberapa perubahan tentang bagaimana negara itu ditadbir. Namun, rakyat (pembangkang) tidak mempercayai Bashar al-Assad lagi! (al-Assad juga masih mempunyai penyokong a.k.a macai yang masih menyokong dia dan kerajannya pada waktu itu)
Sebenarnya, rakyat tidak ada satu kumpulan pembangkang yang utuh untuk melawan Bashar al-Assad pada waktu itu. Para pembangkang yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri berpecah kepada beberapa kumpulan parti politik dan pejuang pemberontak - kesemua mereka dianggarkan berjumlah 100,000 orang.
Pada Ogos 2013 pula, ibu negara Syria, Damascus telah diserang dengan serangan kimia yang menyebabkan kemarahan pelbagai negara di seluruh dunia. September 2013 - Syria dipastikan oleh inspektor United Nation bahawa memang ada senjata kimia yang digunakan di Syria, tetapi tiada laporan menyatakan pihak mana yang bertanggungjawab ke atas senjata kimia tersebut. Kerajaan Syria walau bagaimanapun menafikan bahawa mereka menggunakan senjata kimia yang ternyata dilarang di bawah undang-undang antarabangsa. Namun mereka menuduh pula pihak pembangkang yang telah menyebabkan serangan tersebut.
Rakyat marhaen Syria terpaksa keluar dari rumah dan negara untuk menyelamatkan diri mereka dari ancaman keganasan dan peperangan selama ini. Setiap hari ada saja pelarian dari Syria berpindah ke negara-negara jiran - Jordan, Lebanon, Turki dan Iraq. Pada 2014, 6000 rakyat Syria merentas dari Turki ke Bulgaria, tinggal di sana di dalam bangunan-bangunan terbiar.
Lebih dari 3juta rakyat Syria yang telah keluar dari negara mereka, kebanyakan daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak. Ini adalah jumlah pelarian yang paling banyak sepanjang sejarah!
Lebih kurang 6.5juta rakyat yang lain, di mana 50% daripada mereka adalah kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah, tetapi masih berada di dalam negara tersebut. Mereka sedang terdesak memerlukan bantuan. Akan tetapi agensi bantuan menyatakan bahawa untuk membantu rakyat Syria yang masih berada di dalam Syria adalah sukar dan berbahaya. Sekarang, rakyat Syria yang sudah kehilangan rumah dan ahli keluarga, mereka hanya tinggal di kem sementara. Sementara negara-negara yang dikatakan 'kapiaq' seperti Jerman dan Sweden menerima beribu-ribu pelarian dari Syria, negara 'sanjungan' umat Islam, Arab Saudi dan beberapa negara lain pula menolak seorang pun kehadiran mereka.
Apa yang berlaku di sini adalah, kerajaan dan rakyat yang dikata pengkhianat tidak dapat menewaskan dan ditewaskan sesama sendiri. Malah mereka mencetuskan masalah yang lebih besar dengan kehadiran IS. Selain berperang sesama sendiri, mereka turut perlu menyerang balik menghapuskan kumpulan Islamic State yang semakin mengganas di negara mereka. Peperangan dan pertelagahan ini nampaknya amat susah untuk dihentikan, melainkan dicari pokok pangkal masalah dan diselesaikannya bersama. Perpaduan. Titik utama sesuatu kemajuan dan kerobohan. Oleh itu rakyat Malaysia, pro-pembangkang, pro-kerajaan dan non-partisan sekalian. Bersatulah melawan kezaliman. Bersatulah, walau kita ada banyak perkara yang boleh ditelagah. Kerana kebenaran yang tidak terancang itu mampu ditewasi oleh kejahatan yang terancang. Dan kezaliman itu tetap kezaliman walau ia dilakukan oleh orang yang kita sukakan. Buang sikap tak ambil tahu, walau kau di situ selesa, apa kau yakin orang lain pun juga?
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mampu membaca sampai habis (walaupun skip skip) hasil tulisan syok sendiri aku ini. Aku tahu, rakyat Malaysia ini malas membaca. Tak terperanjat lah beta kalau sejarah berulang semula hanya kerana rakyat Malaysia malas membaca. Tidak mengapa. Selamat maju jaya Malaysia! ;)
No comments:
Post a Comment