Monday, 6 October 2014

Apa benar wujud ''Absolute Truth''?

Ligat sekali otak aku berfungsi hari ini, seringkali soalan ini jua yang aku nikmati ''Apa itu kebenaran?'' , ''Apa benar ada suatu yg dinamakan Kebenaran (absolute truth)?'' , ''Apa aku ini memang di jalan yang benar?''

Aku muslim. beragama Islam di Malaysia. dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tentunya apa diajar padaku adalah

''Islam agama yang benar''

''Orang bukan Islam telah tersalah jalan''

''Yes. There is an absolute truth. And it is ISLAM!!''

 

Dan waktu ini, otak aku benar benar tak dapat diproses. Islam agama yang benar? Islam yang mana? Islam ASWJ kamu? ASWJ kamu pun terkeliru. sekejap sufi sekejap ber'wahabi'. Atau Syiah yang kita mahu? Kalau Syiah, yang mana satu? Atau perlu diikut tasawwuf terlebih dahulu? Mungkin juga salafi kamu?
Kalau soalan Immanuel Kant berbaur ''Siapa yang tercerahkan?'' , maka aku ingin bertanya , ''Siapa yang ter'kebenaran'kan?'' . (haha. tergelak pulak aku yang menulis perkataan ni).

Dalam usrah atau di sini (uia) lebih dikenali dengan Study Circle, aku diberitahu Ustaz A bahawa ''There is an absolute truth, and it is Islam'' .
dan tanpa segan silu aku terus meluru ''If it is Islam, which Islam?''
dengan bangganya Ustaz A berkata ''Islam lah''
aku tak puas. mulutku terus buas ''There are too many ways and people claiming they are the true Islam out there. U can found sufi, salafi, shii, sunni and each of them had divided......''
tanpa sempat aku bidas, Ustaz A terus balas ''Ahli Sunnah Wal Jamaah!''

aku geram. Soalanku membungkam. Ustaz A cuma mahu aku diam, ikut saja seperti anak ayam.
Apa Ustaz A lupa ASWJ pun berpecah belah? Apa Ustaz A lupa ASWJ pun sering berbalah, siapa benar siapa salah? Mungkin juga Ustaz A lupa, terlalu banyak manusia bertelagah.. buktikan siapa paling 'Ahli Sunnah'.

Aku terfikir. Kalau lah aku di sedang belajar di bumi Iran sekarang, lantas bertanya ''Which Islam is Islam?'' , maka tentu jawapan mu'allim-ku, ''Shii is the absolute truth. We are the true muslems''

HAHA.

Lawak. Seolah olah sedang melihat dua ekor lembu bergaduh. Bergaduh tentang 'lembu mana yang paling lembu ; kau atau aku?' . kahkah. Tapi... di sini bukan dua ekor lembu. Tapi beratus ratus sedang berseteru. Itu tak termasuk lagi lembu dari benua Afrika, lembu dari Australia.
Hanya analogi ini yang mempu aku beri pada orang agama. Lembu. Beratus - ratus dalam satu agama berbalah siapa paling benar, siapa yang memegang panji absolute truth, dan ratusan ini tidak termasuk lagi agama lain. Kristian - yang memang kita tahu terlalu banyak mazhab (jalan). Terlalu banyak kontradiksi. Tapi apa yang aku 'salute' tentang Kristian adalah, toleransi mereka sesama sendiri.
Rasanya tak mahu dan tak perlu untuk aku berbicara satu persatu tentang Kristian, agama yang tercatat beribu sejarah ini. Mungkin di posting yang lain lagi.

Berbalik kepada persoalan : Apa itu kebenaran?

Persoalan ini adalah soalan yang ''Ultimate'' dan tertinggi (maximum) dari segala persoalan. Ia tidak mempunyai jawapan yang mudah / tetap. Atau mungkin juga tiada jawapan untuk persoalan ini.

Ya. ya. ya.

Setiap persoalan pasti ada jawapan. Dan aku di sini amat mudah.
Aku percaya pada kata kata Osho, ''Nobody belongs to truth. But truth belongs to everybody'' .

Kebenaran adalah suatu perkataan yang personal untuk diungkap. Satu perkara yang mungkin tak terungkap. Aku ada kebenaran itu. Kau pula kebenaran kamu.
Bermakna, kebenaran merupakan suatu titik pertemuan ; di mana apa yang kamu jumpa setelah penat berkelana. Ingin aku tegaskan pada ayat 'Setelah Berkelana'.
Berkelana di sini bermaksud mencari, mengkaji, mempelajari, memahami, mengetahui setiap satu yang dikatakan sebagai 'kebenaran'. Kau akan jumpa kebenaran. Dengan syarat kau sendiri keluar dari kegelapan. Keluar dari ikut ikutan. Bukanlah suatu yang dinamakan kebenaran bila kau mengatakan itu kebenaran kerana baka telah tentukan. Bukan juga namanya kebenaran bila disebar kerana idola kau yang paling benar. Siapa idola kau? Apa benar dia benar dia benar? Sudah kah kau 'berkelana' menemukan kebenaran?

Seorang 'pekelana' atau pencari kebenaran adalah seorang yang mampu memisahkan dirinya dari segala sistem kepercayaan, dan dari segala pengetahuan - pengetahuan yang dipinjam. Atau lebih tepat, berani menjadi jahil atau mengaku diri jahil daripada terus mempunyai pengetahuan yang dipinjam.

''Woi penulis blog, semua ilmu ni pinjaman Alloh. mana boleh kalau tak pinjam!''

Sabar sayang (dear). 

Meminjam pengetahuan di sini , kita boleh ambil suatu kes di mana apabila seseorang ditanya
''Kenapa kamu Islam?''
jawab si peminjam pengetahuan, ''sebab mak ayah aku Islam''

atau ..

''Kenapa Islam agama yang benar?''
jawab si peminjam pengetahuan, ''sebab ramai orang masuk Islam''

Itu antara contoh meminjam pengetahuan. Jadi, untuk mencapai kebenarab milik kamu, keluarlah dari meminjam minjam. Teruslah berkelana! Kerana kebenaran itu berbeza beza. Mungkin kamu dan aku punya tak sama. Kerana ini hasil dari kelana. Dan kita harus terima, inilah hakikat kebenarannya. Kamu dengan kebenaran kamu, aku dengan kebenaran aku.
Melainkan kebenaran kamu ikut ayah ibu. Meski penat mereka kelana, kamu hanya ikut saja.. itu namanya membabi buta.

Suka aku untuk meminjam kata kata Osho, kerana setiap yang keluar dari bibirnya adalah permata, berlian yang tidak disangka sangka.
Katanya.. ''Kejahilan mempunyai nilai kecantikannya yang tersendiri; ia sekurang-kurangnya milik kamu, tulen dan IKHLAS''
  
Jadi, jangan malu. Jangan takut menjadi jahil atau mengaku diri jahil dalam memulakan perkelanaan. Biar ikhlas dari hati, dari terus menjadi babi.

Dan jawapan kepada persoalan : 'Apa benar wujud ''absolute truth''?' atau 'Is there any absolute truth?'

adalah..


''Yes. There is an absolute truth. And it is within YOU'' 

-penulis, SA-




No comments:

Post a Comment